Di saat kandungan yang dah berusia 9 bulan ni, orang cakap elok sangatla banyakkan berjalan or bersenam. Senang bersalin kata orang. Bila ramai yang cakap camtu maka berialah aku and lagi bersemangat nak ber'exercise'..hehe. Tapi tahukah kita kenapa ibu hamil digalakkan aktif ketika hamil? Ni antara facts yang aku dapat dari beberapa laman web:
Bagaimana senaman boleh membantu ibu hamil?
- membantu menangani tekanan fizikal dan mental akibat kehamilan
- membantu kita bersedia untuk proses kelahiran yang memerlukan kita menggunakan segala tenaga yang ada
- membantu mengelakkan masalah seperti praeklampsia atau kencing manis semasa hamil.
- membantu tidur lebih lena pada waktu malam.
- lebih mudah untuk mengawal pertambahan berat badan jika bersenam. Kebaikan ini berterusan selepas bayi dilahirkan, di mana lebih mudah untuk kembali kepada bentuk badan asal. - ini menarik! Of course la sume ibu yang melahirkan anak nak kembali ke bentuk tubuh yang asal kannnn :D
Tapi..tak semua senaman bole kita buat time hamil. Kene pilih jugak..kang tak pasal2 memudaratkan diri. Antara senaman yang digalakkan.
- Berjalan: Bentuk senaman kardiovaskular adalah yang paling baik untuk wanita hamil. Berjalan membina kecergasan tanpa menyakitkan lutut dan pergelangan kaki. Selamat untuk dilakukan selama sembilan bulan kehamilan.
- Berenang: Pakar kecergasan dan penyedia penjagaan kesihatan menyatakan berenang ada lah senaman terbaik dan paling selamat untuk wanita hamil. Senaman ini lebih ideal kerana ia menggerakkan kumpulan otot yang besar (lengan dan kaki), memberi kelebihan kardiovaskular dan meringankan berat badan wanita hamil yang biasanya bertambah beberapa kilo sewaktu hamil.
- Aerobik Berimpak Rendah: Satu perkara yang menarik tentang kelas aerobik adalah jadual waktunya yang konsisten untuk setiap senaman. Sekiranya kita mengambil kelas untuk wanita hamil, kita akan dapat berkongsi pengalaman bersama bakal ibu dan dapat memastikan setiap gerakan yang dilakukan adalah selamat untuk diri dan bayi.
- Regangan: Senaman berbentuk regangan amat baik untuk menstabilkan gerakan badan dan merehat serta melindungi otot dari kecederaan.
errr...macam x mampu je nak lentur-lentur camni
Bersungguh-sungguh sangat ni... ;p
Sumber dari:
http://www.babycenter.com.my/a1050961/panduan-bersenam-semasa-hamil
http://pama.karangkraf.com/mama/kelebihan-senaman-sewaktu-hamil-1.9509
Comelnya kesungguhan Atex tu! :D
ReplyDeleteBolat pewot kamu!
Aduh..bru dpt bukak blog sendiri. Bersalin da pun aku :D
Delete